17 August 2016

Bagaimana nak buat Aduan ICT UKM di Sistem eFACt?


Bagaimana cara yang betul nak buat Aduan ICT UKM di Sistem Maklum Balas & Aduan UKM (eFACt)?

1.0)  Log masuk Sistem eFACt di http://ewarga.ukm.my/efact .

2.0)  Klik menu Individu dan klik Borang.

Gambar A
3.0)  Klik pilihan borang jenis SPKICT

Gambar B
4.0)  Borang akan dipaparkan seperti berikut. Secara automatik maklumat semasa anda telah siap diisi di bawah 'Maklumat Kakitangan'. Cuma anda perlu pastikan maklumat 'Telefon' dan 'E-mail' anda adalah maklumat yang terkini. (rujuk gambar C)

Gambar C (sila klik untuk paparan penuh)
Adakah maklumat telefon dan emel masih tidak terkini?

5.0)  Buat pilihan 'Kategori' yang betul.

5.1.  Sila buat pilihan kategori berdasarkan lokasi anda. Contoh, jika anda berada di UKMBangi, pilihan anda adalah semua yang tersenarai kecuali 'Perkhidmatan ICT KKL' (untuk lokasi pengadu di Kampus Kuala Lumpur sahaja). (rujuk Gambar D)

Gambar D
5.2.  Untuk Aduan RANGKAIAN (cth: Internet dari Port Dinding/Hub @ Wifi tak dapat dsbnya), bagi anda yang berada di lokasi UKMBangi(termasuk Fakulti), sila gunakan Kategori 'Rangkaian' sahaja. (rujuk Gambar D)

Manakala yang berada di Kampus KL, sila pilih Kategori 'Perkhidmatan ICT KKL' dahulu, dan barulah pilih Jenis Kerosakan sebagai 'Rangkaian'. (rujuk Gambar E)

Gambar E
5.3.  Untuk Aduan Komputer [ cth: Baikpulih PC, Masalah Pencetak, Masalah Paparan/Monitor, Pemasangan Sistem Klien SMU(UFAST, SMP, SMK) ], jika anda berada di lokasi :-

a)  UKMBangi dan Fakulti, Sila gunakan Kategori seperti 'USICT ZON 1' atau 'USICT ZON 2' atau 'USICT ZON 3' atau 'USICT ZON 4'. (rujuk Gambar D)

b)  UKMBangi dan BUKAN Fakulti, Sila gunakan Kategori 'KOMPUTER' sahaja. (rujuk Gambar D)

c)  Kampus KKL, Sila gunakan Kategori 'Perkhidmatan ICT KKL' sahaja. (rujuk Gambar E)
xxzxzzx


SISTEM i-SIP (Informasi Sistem Integrasi Permohonan)


Sistem i-SIP merupakan sistem permohonan ID SMU (SMK, SMP dan UFAST) bagi jenis ‘web’ dan ‘client-server’ untuk kemudahan Staf di UKM Bangi, Kampus KL dan PPUKM sahaja.

Permohonan i-SIP boleh dibuat di http://appsmu.ukm.my/isip .

Aduan ICT UKM


Aduan ICT UKM adalah untuk Staf dan Pelajar UKM Bangi dan Kampus KL sahaja.

Kebiasaannya aduan untuk masalah Komputer dan Rangkaian.

Aduan Atas Talian ('online') boleh dibuat pada bila-bila masa di Sistem Maklum Balas & Aduan UKM (eFACt).

Aduan telefon boleh dibuat dengan mendail 7070, hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 4.45 petang.


16 August 2016

Tempahan Proton Persona Baru telah dibuka : RM47k - RM61k


Pelancaran Proton Persona Baru bakal dilancarkan secara rasminya pada 23 Ogos nanti. Walaubagaimanapun tempahan telah pun dibuka sekarang. Julat harga rasminya telah pun diketahui adalah sekitar RM47,000 hingga RM61,000 untuk Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak adalah sekitar RM49,000 hingga RM63,000.

Tempahan boleh dibuat dengan harga RM300. Menariknya Proton menawarkan Promosi Servis Percuma 3 Tahun (termasuk kos upah dan alat ganti) untuk pelanggan yang buat tempahan sehingga 30 September 2016.

Menurut Proton lagi, bermula dengan pelancan Persona dengan enjin baru 1.6 VVT  dan Saga 1.3VVT (bakal dilancarkan pada September depan), tempoh sela masa servis adalah setiap 10K perbatuan berbanding dahulu (dengan Enjin IAFM) setiap 5K.

Berikut pecahan spesifikasi setiap varian yang ditawarkan :

Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT

Enjin 1.6 liter VVT
107 hp pada 5,750 rpm, 150 Nm pada 4,000 rpm
5.6 l/100 km bagi 5MT (90 km/j)
6.1 l/100 km bagi CVT (90 km/j)
Ecodrive Assist
Lampu utama Reflector halogen (tinggi boleh laras)
Lampu kabus belakang
Sensor parkir depan dan belakang
Rim 15-incikelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat
Cermin sisi elektrik
B-pillar warna badan
Kunci Remote dan penghidup enjin dengan kunci
Unit audio Single-DIN & Bluetooth
Tempat duduk fabrik
Tempat duduk boleh dinaikkan
Kapasiti but belakag 510 liter
Tempat duduk kanak-kanak Isofix
2 beg udara
ABS dengan EBD dan BA
Vehicle Stability Control (VSC)
Hill-hold assist
Brek cakera depan, brek dram belakang

Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT

Tambahan:
Lampu kabus depan
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
Spoiler but belakang
Unit audio Double-DIN & Bluetooth
Konsol tengah warna kelabu berkilat
Port mengecaj USB
60:40 lipatan kerusi belakang
Trim pintu fabrik

Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT

Tambahan:
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
B-pillar hitam
Masukan tanpa kunci dengan butang penghidup
Unit skrin sentih (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
Tempat duduk dan stereng kulit
Trim pintu kulit
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
6 beg udara

Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT

Tambahan:
Bodykit dwi tona menyeluruh


Maklumat-maklumat awal tentang Persona baru ini telah pun diketahui. Jangan lupa tarikh pelancarannya pada 23 Ogos nanti.

09 August 2016

4 Isu Pokemon Go Yang Patut Difikirkan Anda Susulan Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Petikan Artikel Berikut Diambil Dari Pos TheVocket.Com. Boleh rujuk artiket tersebut di sini --> http://www.thevocket.com/4-isu-pokemon-go-mufti-wilayah-persekutuan
















Penulis : Bahruddin Bekri
(https://www.facebook.com/bahruddin.bekri/posts/10210149538040682)

Semalam, isteri saya beritahu dia sudah install Pokemon Go. Siap tangkap dua Pokemon lagi. Terkejut juga saya. Setahu saya dia bukan kaki game.

Candy Crush yang sangat legenda di kalangan wanita pun dia tak berapa layan, jadi macam mana dia boleh layan Pokemon?

Tapi saya tidaklah menjerit sambil terlempar ke belakang. Saya tetap baring sedap. Selepas tanya-tanya, rupa-rupanya dia cuma mahu tahu apa yang hype sangat pasal Pokemon.

Kemudian, datanglah soalannya yang saya terkenang-kenang sampai sekarang.“Mengapa mufti haramkan Pokemon?” (merujuk pada kenyataan Mufti Wilayah)









Isu Pertama


Gambar: Astro Awani



















Termenung saya. Setahu saya (betulkan sekiranya saya silap), Mufti Wilayah tidak gunakan perkataan
‘haram’ (yang untuk orang Malaysia sangat keras, dan menimbulkan putus harapan/menerakakan).
Dia gunakan ayat, ‘tidak dibenarkan’, ‘perlu dijauhkan’, ‘tidak terlibat’ (walaupun hakikatnya maksudnya lebih kurang sama, tapi ia bersifat memujuk/memberi peluang).
Saya fikir, isteri saya cuma baca berita yang disensasikan sahaja. Tetapi itulah kita manusia, apabila tidak terjumpa ‘kata-kata’ yang kita mahu, kita akan mudah terjumpa ‘kata-kata’ yang tidak ada.
Lihat sahaja lelaki yang tidak menjumpai kata ‘saya pun cintakan awak’ daripada seorang perempuan, akan menemui kata, ‘dia benci aku’ dalam hatinya. Sedangkan perempuan yang baik itu, anggap dia sebagai sahabat.
Saya tidak beritahu isteri saya sebab mengapa Pokemon Go ‘perlu dijauhkan’, kerana yakin dia pun sudah baca. Lagipun, akan timbul terlalu banyak persoalan yang bersifat dot dot dot, dan dia hanya perlu connect the dot untuk membawa perbincangan lari daripada pokoknya.
Misalnya, “Jadi game lain tak melalaikan ke?” Belum lagi soalan, “Mufti tak tegur si polan si polan pun.” Sedangkan saya belum punya ilmu untuk menerangkan bahawa dot dot dot itu sama sekali tidak bersambung. Saya cuma jawab, “Sebab dia mufti. Dia ada tanggungjawab yang besar.”
Saya terkenangkan diri saya sebagai ayah. Tanggungjawab saya kepada anak-anak bukan untuk memenuhi segala kemahuan hiburannya, terutamanya berkaitan dengan hiburan telefon bimbit.
Tanggungjawab saya adalah memastikan dia mendapat yang terbaik. Lalu, apabila anak saya yang masih kecil, meminta telefon bimbit untuk menonton kartun lagi selepas sudah 15 minit menontonnya, saya kata tak boleh. Sanggup saya lihat dia menangis-menangis. (Semestinya selepas itu saya pujuk dia kembali sampai dia ketawa suka) Itu saya.
Jadi memikirkan tanggungjawab mufti yang lebih besar dan berat, yang lebih takwanya, lebih alim, lebih ilmu, pasti ‘ketakutan’ dan ‘beban’ itu sangat besar atas dirinya. Mufti ini bukan sahaja bertanggungjawab pada manusia-manusia yang alim, cukup kesedaran diri, ilmu banyak, tetapi juga kepada anak-anak yang masih sekolah.
Memilih untuk menutup pintu-pintu menuju kerosakan adalah yang utama untuk orang yang takwanya sangat tinggi. Mufti/mereka yang bertanggungjawab, akan pilih apa yang selamat untuk manusia, berbanding apa yang yang disukakan oleh mereka.

Isu Kedua

Isu kedua (ini perenggan yang tidak tahu malu kerana terpaksa menggunakan contoh diri sendiri). Saya sendiri, memang ada pendapat mufti (tidak terhad pada Mufti Wilayah) yang saya ‘belum setuju’ dalam sesuatu perkara.

Tetapi saya sentiasa ingatkan diri saya, yang mufti adalah orang alim, ilmu banyak, otak sangat cerdas, pasti dia nampak kebaikan pada pendapat tersebut berbanding saya.
Jadi menetapkan diri dalam mode ‘belum setuju’/’belum faham’, adalah lebih selamat. InsyaAllah tidak ada marah-marah/kecaman yang tidak perlu kepada seorang yang alim.
Semoga nanti akan terbuka hati/fikiran dan sampai ilmu saya untuk memahami semua pendapat itu. Atau mungkin juga sebaliknya, mufti pula yang akan selari pendapatnya dengan apa yang saya fikir.

Isu Ketiga

Isu ketiga, dalam dunia sekarang, terlalu banyak perkara yang bercampur-campur. Misalnya, buku/manga/komik/kartun, juga filem-filem luar.
Jalan cerita yang penuh ilmu/penuh pengajaran/penuh idea/dapat dijadikan contoh/penuh inspirasi, tetapi ilustrasi/lakonan pula sangat 18sx.
Kita sudah tahu halal dan haram, kita diam-diam baca/tonton ambil yang baik dan usahakan buang yang jahat. Tidak perlu tanyakan perkara yang sangat obvious itu kepada ustaz/mufti. Nanti keluar fatwa ‘haram’ untuk tajuk buku/manga sekian-sekian, tajuk filem sekian-sekian, kamu juga yang susah.
Tidak juga perlu beria-ia dipromosikan dan dipertahankan. Setakat minat/iktibar untuk diri sendiri. Kerana tidak semua orang sama wavelength dengan kita semasa membaca/menonton hal-hal itu.
Takut-takut, kita mahu promosi kebaikan, tetapi sisi negatif pula yang lebih diambil. Diam-diam sudah. Jadikan sahaja isu ini antara kita dengan Tuhan.
Tidak perlu panjangkan ia menjadi isu antara kita sesama manusia dengan kutukan dan kecaman. Adakah Pokemon Go juga termasuk dalam hal ini? Hanya anda sendiri yang dapat menjawabnya.

Isu Keempat

Isu keempat, isu Pokemon ini bolehlah kita lihat seperti isu merokok itu haram. Walaupun masih ramai merokok atas pelbagai sebab, tetapi ‘tekanan’ tetap ada kepada perokok untuk tidak lupa tanggungjawab kepada Tuhan dan semestinya ‘harapan’ untuk berhenti pada suatu hari nanti.
‘Tekanan’ yang sama jugalah yang akan datang kepada pemain Pokemon Go. Tekanan untuk menjaga keselamatan diri, untuk tidak lalai, untuk terus menjaga agama, kerana pada akhirnya, ayat yang paling mereka tidak mahu dengar apabila ‘terlalai/tereksiden‘ dalam bermain adalah, “Sebab itulah mufti tak benarkan main Pokemon Go ni!”

Penutup

Pada akhirnya, kita semua sedar yang kita sedang berbicara tentang hiburan hati. Persamaan paling hampir isu hiburan hati ini dengan benda, adalah madu.
Kedua-duanya rasa manis. Tetapi madu, tidak semuanya asli. Ada yang sudah dicampur air, sama ada 10%, 30%, malah ada 80%. Lebih malang, ada yang semata-mata air gula yang dilabel madu.
Hiburan juga begitu. Kita semua pasti sedar banyak hiburan yang rasanya manis, tetapi bercampur-campur sumbernya. Khasiatnya kurang. Malah ada yang langsung tidak memberi khasiat, tetapi penyakit.
Semoga sahaja, kita semua dimurahkan rezeki/dibukakan hati untuk merasa manisnya ‘madu yang 100% asli’. Sekian.


Video-video Kegilaan Peminat Fanatik Pokemon Go.