4.0) Borang akan dipaparkan seperti berikut. Secara automatik maklumat semasa anda telah siap diisi di bawah 'Maklumat Kakitangan'. Cuma anda perlu pastikan maklumat 'Telefon' dan 'E-mail' anda adalah maklumat yang terkini. (rujuk gambar C)
Gambar C (sila klik untuk paparan penuh)
Adakah maklumat telefon dan emel masih tidak terkini?
5.0) Buat pilihan 'Kategori' yang betul.
5.1. Sila buat pilihan kategori berdasarkan lokasi anda. Contoh, jika anda berada di UKMBangi, pilihan anda adalah semua yang tersenarai kecuali 'Perkhidmatan ICT KKL' (untuk lokasi pengadu di Kampus Kuala Lumpur sahaja). (rujuk Gambar D)
Gambar D
5.2. Untuk Aduan RANGKAIAN (cth: Internet dari Port Dinding/Hub @ Wifi tak dapat dsbnya), bagi anda yang berada di lokasi UKMBangi(termasuk Fakulti), sila gunakan Kategori 'Rangkaian' sahaja. (rujuk Gambar D)
Manakala yang berada di Kampus KL, sila pilih Kategori 'Perkhidmatan ICT KKL' dahulu, dan barulah pilih Jenis Kerosakan sebagai 'Rangkaian'. (rujuk Gambar E)
Gambar E
5.3. Untuk Aduan Komputer [ cth: Baikpulih PC, Masalah Pencetak, Masalah Paparan/Monitor, Pemasangan Sistem Klien SMU(UFAST, SMP, SMK) ], jika anda berada di lokasi :-
a) UKMBangi dan Fakulti, Sila gunakan Kategori seperti 'USICT ZON 1' atau 'USICT ZON 2' atau 'USICT ZON 3' atau 'USICT ZON 4'. (rujuk Gambar D)
b) UKMBangi dan BUKAN Fakulti, Sila gunakan Kategori'KOMPUTER' sahaja. (rujuk Gambar D)
c) Kampus KKL, Sila gunakan Kategori'Perkhidmatan ICT KKL' sahaja. (rujuk Gambar E)
Sistem i-SIP merupakan sistem permohonan ID SMU (SMK, SMP dan UFAST) bagi jenis ‘web’ dan ‘client-server’ untuk kemudahan Staf di UKM Bangi, Kampus KL dan PPUKM sahaja.
Pelancaran Proton Persona Baru bakal dilancarkan secara rasminya pada 23 Ogos nanti. Walaubagaimanapun tempahan telah pun dibuka sekarang. Julat harga rasminya telah pun diketahui adalah sekitar RM47,000 hingga RM61,000 untuk Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak adalah sekitar RM49,000 hingga RM63,000.
Tempahan boleh dibuat dengan harga RM300. Menariknya Proton menawarkan Promosi Servis Percuma 3 Tahun (termasuk kos upah dan alat ganti) untuk pelanggan yang buat tempahan sehingga 30 September 2016.
Menurut Proton lagi, bermula dengan pelancan Persona dengan enjin baru 1.6 VVT dan Saga 1.3VVT (bakal dilancarkan pada September depan), tempoh sela masa servis adalah setiap 10K perbatuan berbanding dahulu (dengan Enjin IAFM) setiap 5K.
Berikut pecahan spesifikasi setiap varian yang ditawarkan :
Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT
Enjin 1.6 liter VVT
107 hp pada 5,750 rpm, 150 Nm pada 4,000 rpm
5.6 l/100 km bagi 5MT (90 km/j)
6.1 l/100 km bagi CVT (90 km/j)
Ecodrive Assist
Lampu utama Reflector halogen (tinggi boleh laras)
Lampu kabus belakang
Sensor parkir depan dan belakang
Rim 15-incikelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat
Cermin sisi elektrik
B-pillar warna badan
Kunci Remote dan penghidup enjin dengan kunci
Unit audio Single-DIN & Bluetooth
Tempat duduk fabrik
Tempat duduk boleh dinaikkan
Kapasiti but belakag 510 liter
Tempat duduk kanak-kanak Isofix
2 beg udara
ABS dengan EBD dan BA
Vehicle Stability Control (VSC)
Hill-hold assist
Brek cakera depan, brek dram belakang
Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT
Tambahan:
Lampu kabus depan
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
Spoiler but belakang
Unit audio Double-DIN & Bluetooth
Konsol tengah warna kelabu berkilat
Port mengecaj USB
60:40 lipatan kerusi belakang
Trim pintu fabrik
Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT
Tambahan:
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
B-pillar hitam
Masukan tanpa kunci dengan butang penghidup
Unit skrin sentih (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
Tempat duduk dan stereng kulit
Trim pintu kulit
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
6 beg udara
Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT
Tambahan:
Bodykit dwi tona menyeluruh
Maklumat-maklumat awal tentang Persona baru ini telah pun diketahui. Jangan lupa tarikh pelancarannya pada 23 Ogos nanti.
Semalam, isteri saya beritahu dia sudah install Pokemon Go. Siap tangkap dua Pokemon lagi. Terkejut juga saya. Setahu saya dia bukan kaki game.
Candy Crush yang sangat legenda di kalangan wanita pun dia tak berapa layan, jadi macam mana dia boleh layan Pokemon?
Tapi saya tidaklah menjerit sambil terlempar ke belakang. Saya tetap baring sedap. Selepas tanya-tanya, rupa-rupanya dia cuma mahu tahu apa yang hype sangat pasal Pokemon.
Kemudian, datanglah soalannya yang saya terkenang-kenang sampai sekarang.“Mengapa mufti haramkan Pokemon?” (merujuk pada kenyataan Mufti Wilayah)
Isu Pertama
Gambar: Astro Awani
Termenung saya. Setahu saya (betulkan sekiranya saya silap), Mufti
Wilayah tidak gunakan perkataan
‘haram’ (yang untuk orang Malaysia
sangat keras, dan menimbulkan putus harapan/menerakakan).
Dia gunakan ayat, ‘tidak dibenarkan’, ‘perlu dijauhkan’, ‘tidak
terlibat’ (walaupun hakikatnya maksudnya lebih kurang sama, tapi ia
bersifat memujuk/memberi peluang).
Saya fikir, isteri saya cuma baca berita yang disensasikan sahaja.
Tetapi itulah kita manusia, apabila tidak terjumpa ‘kata-kata’ yang kita
mahu, kita akan mudah terjumpa ‘kata-kata’ yang tidak ada.
Lihat sahaja lelaki yang tidak menjumpai kata ‘saya pun cintakan
awak’ daripada seorang perempuan, akan menemui kata, ‘dia benci aku’
dalam hatinya. Sedangkan perempuan yang baik itu, anggap dia sebagai
sahabat.
Saya tidak beritahu isteri saya sebab mengapa Pokemon Go ‘perlu
dijauhkan’, kerana yakin dia pun sudah baca. Lagipun, akan timbul
terlalu banyak persoalan yang bersifat dot dot dot, dan dia hanya perlu connect the dot untuk membawa perbincangan lari daripada pokoknya.
Misalnya, “Jadi game lain tak melalaikan ke?” Belum lagi
soalan, “Mufti tak tegur si polan si polan pun.” Sedangkan saya belum
punya ilmu untuk menerangkan bahawa dot dot dot itu sama sekali tidak bersambung. Saya cuma jawab, “Sebab dia mufti. Dia ada tanggungjawab yang besar.”
Saya terkenangkan diri saya sebagai ayah. Tanggungjawab saya kepada
anak-anak bukan untuk memenuhi segala kemahuan hiburannya, terutamanya
berkaitan dengan hiburan telefon bimbit.
Tanggungjawab saya adalah memastikan dia mendapat yang terbaik. Lalu,
apabila anak saya yang masih kecil, meminta telefon bimbit untuk
menonton kartun lagi selepas sudah 15 minit menontonnya, saya kata tak
boleh. Sanggup saya lihat dia menangis-menangis. (Semestinya selepas itu
saya pujuk dia kembali sampai dia ketawa suka) Itu saya.
Jadi memikirkan tanggungjawab mufti yang lebih besar dan berat, yang
lebih takwanya, lebih alim, lebih ilmu, pasti ‘ketakutan’ dan ‘beban’
itu sangat besar atas dirinya. Mufti ini bukan sahaja bertanggungjawab
pada manusia-manusia yang alim, cukup kesedaran diri, ilmu banyak,
tetapi juga kepada anak-anak yang masih sekolah.
Memilih untuk menutup pintu-pintu menuju kerosakan adalah yang utama
untuk orang yang takwanya sangat tinggi. Mufti/mereka yang
bertanggungjawab, akan pilih apa yang selamat untuk manusia, berbanding
apa yang yang disukakan oleh mereka.
Isu Kedua
Isu kedua (ini perenggan yang tidak tahu malu kerana terpaksa
menggunakan contoh diri sendiri). Saya sendiri, memang ada pendapat
mufti (tidak terhad pada Mufti Wilayah) yang saya ‘belum setuju’ dalam
sesuatu perkara.
Tetapi saya sentiasa ingatkan diri saya, yang mufti adalah orang
alim, ilmu banyak, otak sangat cerdas, pasti dia nampak kebaikan pada
pendapat tersebut berbanding saya.
Jadi menetapkan diri dalam mode ‘belum setuju’/’belum
faham’, adalah lebih selamat. InsyaAllah tidak ada marah-marah/kecaman
yang tidak perlu kepada seorang yang alim.
Semoga nanti akan terbuka hati/fikiran dan sampai ilmu saya untuk
memahami semua pendapat itu. Atau mungkin juga sebaliknya, mufti pula
yang akan selari pendapatnya dengan apa yang saya fikir.
Isu Ketiga
Isu ketiga, dalam dunia sekarang, terlalu banyak perkara yang
bercampur-campur. Misalnya, buku/manga/komik/kartun, juga filem-filem
luar.
Jalan cerita yang penuh ilmu/penuh pengajaran/penuh idea/dapat
dijadikan contoh/penuh inspirasi, tetapi ilustrasi/lakonan pula sangat
18sx.
Kita sudah tahu halal dan haram, kita diam-diam baca/tonton ambil
yang baik dan usahakan buang yang jahat. Tidak perlu tanyakan perkara
yang sangat obvious itu kepada ustaz/mufti. Nanti keluar fatwa
‘haram’ untuk tajuk buku/manga sekian-sekian, tajuk filem sekian-sekian,
kamu juga yang susah.
Tidak juga perlu beria-ia dipromosikan dan dipertahankan. Setakat
minat/iktibar untuk diri sendiri. Kerana tidak semua orang sama wavelength dengan kita semasa membaca/menonton hal-hal itu.
Takut-takut, kita mahu promosi kebaikan, tetapi sisi negatif pula
yang lebih diambil. Diam-diam sudah. Jadikan sahaja isu ini antara kita
dengan Tuhan.
Tidak perlu panjangkan ia menjadi isu antara kita sesama manusia
dengan kutukan dan kecaman. Adakah Pokemon Go juga termasuk dalam hal
ini? Hanya anda sendiri yang dapat menjawabnya.
Isu Keempat
Isu keempat, isu Pokemon ini bolehlah kita lihat seperti isu merokok
itu haram. Walaupun masih ramai merokok atas pelbagai sebab, tetapi
‘tekanan’ tetap ada kepada perokok untuk tidak lupa tanggungjawab kepada
Tuhan dan semestinya ‘harapan’ untuk berhenti pada suatu hari nanti.
‘Tekanan’ yang sama jugalah yang akan datang kepada pemain Pokemon
Go. Tekanan untuk menjaga keselamatan diri, untuk tidak lalai, untuk
terus menjaga agama, kerana pada akhirnya, ayat yang paling mereka tidak
mahu dengar apabila ‘terlalai/tereksiden‘ dalam bermain adalah, “Sebab itulah mufti tak benarkan main Pokemon Go ni!”
Penutup
Pada akhirnya, kita semua sedar yang kita sedang berbicara tentang
hiburan hati. Persamaan paling hampir isu hiburan hati ini dengan benda,
adalah madu.
Kedua-duanya rasa manis. Tetapi madu, tidak semuanya asli. Ada yang
sudah dicampur air, sama ada 10%, 30%, malah ada 80%. Lebih malang, ada
yang semata-mata air gula yang dilabel madu.
Hiburan juga begitu. Kita semua pasti sedar banyak hiburan yang
rasanya manis, tetapi bercampur-campur sumbernya. Khasiatnya kurang.
Malah ada yang langsung tidak memberi khasiat, tetapi penyakit.
Semoga sahaja, kita semua dimurahkan rezeki/dibukakan hati untuk merasa manisnya ‘madu yang 100% asli’. Sekian.